Pada 12 Oktober 2016, satu latihan kebakaran telah diadakan melibatkan seluruh warga SKPK Sibu. Latihan ini bermula pada pukul 8.00 pagi tepat selepas bunyi siren kecemasan dimainkan oleh Cikgu Corina. Murid-murid bergerak dalam keadaan segera ke tapak perhimpunan dengan iringan guru dan pembantu murid. Latihan ini turut melibatkan murid-murid prasekolah meskipun kedudukan bangunan prasekolah terletak di bahagian belakang sekolah, namun guru dan murid-murid tetap peka dengan bunyi kecemasan serta tidak berlengah untuk turut serta dalam latihan kecemasan ini. Latihan ini tamat pada pukul 8.30 pagi setelah guru-guru selesai mengambil kehadiran murid dan sedikit pencerahan oleh guru yang bertugas kepada murid-murid mengenai latihan kecemasan ini. Syabas semua!!
Pada 18/1/2020 (SABTU) Sekolah Pendidikan Khas telah menganjurkan program Gotong Royong Perdana Bil. 1 bagi peringkat sekolah SKPK Sibu. Program tersebut juga telah disertai oleh para ibu bapa yang sentiasa bekerjasama dalam memastikan keceriaan, kebersihan, keselamatan sekolah tanggungjawab bersama. Di samping itu terdapat beberapa orang murid telah menyertai merentas desa peringkat daerah sibu di SK Sibu Jaya. GOTONG ROYONG PERDANA BIL. 1 /2020 Gambar berikut merupakan salah satu kawasan gotong-royong iaitu memindahkan pentas dan membaik pulih pentas. Berikut merupakan kerja menyusun semula tiang,atap yang dibaiki ke kawasan yang lebih selamat dan menggali tiang bendera Malaysia dan Sarawak. Berikut merupakan kerja melupuskan fail kewangan dan kerja membaik pulih tong 3R (Reuse, Reduce,Recycle) Berikut merupakan gotong royong fasa kedua iaitu membersihkan, menceriakan bilik darjah...
Comments
Post a Comment