Skip to main content

PIAGAM PELANGGAN SEK KEB PENDIDIKAN KHAS SIBU



PIAGAM PELANGGAN
SK Pendidikan Khas Sibu


WARIS
Diberi layanan dan khidmat kaunter yang cepat dan mesra dalam masa 30 minit. Setiap aduan akan disiasat dan diberi maklum balas dalam tempoh 3 hari bekerja.

STAF
Memastikan setiap guru dan kakitangan diberi layanan yang adil dan saksama. Setiap staf diberi peluang mengikuti kursus/latihan sekali setahun. Mematuhi segala arahan dan dasar perkhidmatan yang diarahkan dari masa ke semasa.

STAKEHOLDERS
Memastikan setiap arahan dan permohonan dari PPD, JPN,BPK dan KPM mendapat maklum balas dalam tempoh yang dikehendaki.
Kami warga SK Pendidikan Khas Sibu, berjanji untuk memberikan  perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti  berikut:

MURID
Mendapat ilmu pengetahuan yang berkualiti dalam semua bidang kurikulum dan kokurikulum.
Melaksanakan pengajaran , pembelajaran dan penilaian mengikut kebolehan murid secara berkesan mengikut  standard kualiti yang ditetapkan oleh KPM dan Panitia Sekolah. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, harmoni, kasih sayang dan mesra kepada semua murid. Memastikan kebajikan dan keselamatan murid dititikberatkan pada setiap masa.

Semua murid mendapat hak dan peluang pembelajaran yang adil dan saksama. Memastikan murid yang berbakat diberi bimbingan dan galakan sepenuhnya  sehingga mencapai peringkat tertinggi dalam bidang kokurikulum.

Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Kolej ITA ke SKPK Sibu

Lawatan sambil belajar pelajar jurusan Jururawat dan Pembantu Perubatan ke SKPK Sibu pada 13 Mac 2016. Lawatan ini merupakan satu pendedahan awal kepada pelajar Kolej ITA untuk mengenalpasti serba sedikit ciri-ciri murid berkeperluan khas cacat pendengaran disamping belajar persekitaran Sekolah khas. Sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu telah dikongsikan oleh guru-guru berkenaan dengan persekitaran pembelajaran di SKPK Sibu.

Perhimpunan Pagi SKPK Sibu

Aktiviti: Perhimpunan Pagi Tarikh : 21 April 2017 Masa : 7.20 - 8.00 pagi Tempat : Dewan Terbuka SKPK Sibu
Pada 18/1/2020 (SABTU) Sekolah Pendidikan Khas telah menganjurkan program Gotong Royong Perdana Bil. 1 bagi peringkat sekolah SKPK Sibu. Program tersebut juga telah disertai oleh para ibu bapa yang sentiasa bekerjasama dalam memastikan keceriaan, kebersihan, keselamatan sekolah tanggungjawab bersama.  Di samping itu terdapat beberapa orang murid telah  menyertai merentas desa peringkat daerah sibu di SK Sibu Jaya. GOTONG ROYONG PERDANA BIL. 1 /2020 Gambar berikut merupakan salah satu kawasan gotong-royong iaitu memindahkan pentas dan membaik pulih pentas.  Berikut merupakan kerja menyusun semula tiang,atap yang dibaiki ke kawasan yang lebih selamat dan menggali tiang bendera Malaysia dan Sarawak.  Berikut merupakan kerja melupuskan fail kewangan dan kerja membaik pulih tong 3R (Reuse, Reduce,Recycle) Berikut merupakan gotong royong fasa kedua iaitu membersihkan, menceriakan bilik darjah  MERENTAS DESA 2