Skip to main content

SEJARAH SEKOLAH

 Sejarah awal penubuhan SK Pendidikan Khas Sibu adalah bermula dari tertubuhnya sebuah Kelas Khas Percantuman yang pada 03 Januari 1985 oleh En Peter Jab Besong. Dengan hanya sebuah kelas percantuman dan 6 orang murid di bawah pentadbiran Cik Ramlah Dawi, Guru Besar SK Perbandaran No.3 Sibu.            
           Pada 01 Januari 1995, sekolah telah diiktiraf sebagai sebuah sekolah khas Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Pada 31 Mei 1995 En Joseph ak Tambi mulai berkhidmat sebagai Guru Besar yang pertama di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (P) Sibu. Namun begitu, sekolah ini masih menumpang di bangunan Blok B SK Perbandaran No.3 Sibu. 
           Pada 16 November 1996, Puan Angela Lee Ik Ching dilantik sebagai Guru Besar bagi menggantikan tempat guru besar pertama yang telah berpindah ke sekolah lain. Semenjak itu, pertambahan murid yang mengikuti sistem pendidikan khas bagi masalah pendengaran mula meningkat. Pencapaian demi pencapaian murid dapat dilihat melalui pelbagai usaha untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan murid setiap tahun.
             Setelah beberapa guru besar bertukar ganti, Puan Fatimah Zaharah bt Abdullah telah dilantik sebagai  guru besar pada 15 Ogos 2011. Pentadbiran beliau sehingga kini  turut dibantu oleh 20 orang guru dan 8 orang staf sokongan yang sentiasa mengembeleng tenaga untuk memastikan kecemerlangan dan pencapaian murid pendidikan khas lebih baik dan maju. 
             Murid-murid yang belajar di SK Pendidikan Khas Sibu terdiri daripada pelbagai kaum yang tinggal di sekitar Bandar Sibu seperti Melayu, Cina, Iban dan sebagainya. Pertambahan murid sehingga kini adalah seramai 26 orang kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran.

Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Kolej ITA ke SKPK Sibu

Lawatan sambil belajar pelajar jurusan Jururawat dan Pembantu Perubatan ke SKPK Sibu pada 13 Mac 2016. Lawatan ini merupakan satu pendedahan awal kepada pelajar Kolej ITA untuk mengenalpasti serba sedikit ciri-ciri murid berkeperluan khas cacat pendengaran disamping belajar persekitaran Sekolah khas. Sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu telah dikongsikan oleh guru-guru berkenaan dengan persekitaran pembelajaran di SKPK Sibu.

Perhimpunan Pagi SKPK Sibu

Aktiviti: Perhimpunan Pagi Tarikh : 21 April 2017 Masa : 7.20 - 8.00 pagi Tempat : Dewan Terbuka SKPK Sibu
Pada 18/1/2020 (SABTU) Sekolah Pendidikan Khas telah menganjurkan program Gotong Royong Perdana Bil. 1 bagi peringkat sekolah SKPK Sibu. Program tersebut juga telah disertai oleh para ibu bapa yang sentiasa bekerjasama dalam memastikan keceriaan, kebersihan, keselamatan sekolah tanggungjawab bersama.  Di samping itu terdapat beberapa orang murid telah  menyertai merentas desa peringkat daerah sibu di SK Sibu Jaya. GOTONG ROYONG PERDANA BIL. 1 /2020 Gambar berikut merupakan salah satu kawasan gotong-royong iaitu memindahkan pentas dan membaik pulih pentas.  Berikut merupakan kerja menyusun semula tiang,atap yang dibaiki ke kawasan yang lebih selamat dan menggali tiang bendera Malaysia dan Sarawak.  Berikut merupakan kerja melupuskan fail kewangan dan kerja membaik pulih tong 3R (Reuse, Reduce,Recycle) Berikut merupakan gotong royong fasa kedua iaitu membersihkan, menceriakan bilik darjah  MERENTAS DESA 2