Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

Latihan Kebakaran SKPK Sibu 2016

Pada 12 Oktober 2016, satu latihan kebakaran telah diadakan melibatkan seluruh warga SKPK Sibu. Latihan ini bermula pada pukul 8.00 pagi tepat selepas bunyi siren kecemasan dimainkan oleh Cikgu Corina. Murid-murid bergerak dalam keadaan segera ke tapak perhimpunan dengan iringan guru dan pembantu murid. Latihan ini turut melibatkan murid-murid prasekolah meskipun kedudukan bangunan prasekolah terletak di bahagian belakang sekolah, namun guru dan murid-murid tetap peka dengan bunyi kecemasan serta tidak berlengah untuk turut serta dalam latihan kecemasan ini. Latihan ini tamat pada pukul 8.30 pagi setelah guru-guru selesai mengambil kehadiran murid dan sedikit pencerahan oleh guru yang bertugas kepada murid-murid mengenai latihan kecemasan ini. Syabas semua!!