Skip to main content

Latihan Kebakaran SKPK Sibu 2016

Pada 12 Oktober 2016, satu latihan kebakaran telah diadakan melibatkan seluruh warga SKPK Sibu. Latihan ini bermula pada pukul 8.00 pagi tepat selepas bunyi siren kecemasan dimainkan oleh Cikgu Corina. Murid-murid bergerak dalam keadaan segera ke tapak perhimpunan dengan iringan guru dan pembantu murid. Latihan ini turut melibatkan murid-murid prasekolah meskipun kedudukan bangunan prasekolah terletak di bahagian belakang sekolah, namun guru dan murid-murid tetap peka dengan bunyi kecemasan serta tidak berlengah untuk turut serta dalam latihan kecemasan ini. Latihan ini tamat pada pukul 8.30 pagi setelah guru-guru selesai mengambil kehadiran murid dan sedikit pencerahan oleh guru yang bertugas kepada murid-murid mengenai latihan kecemasan ini. Syabas semua!!






Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Kolej ITA ke SKPK Sibu

Lawatan sambil belajar pelajar jurusan Jururawat dan Pembantu Perubatan ke SKPK Sibu pada 13 Mac 2016. Lawatan ini merupakan satu pendedahan awal kepada pelajar Kolej ITA untuk mengenalpasti serba sedikit ciri-ciri murid berkeperluan khas cacat pendengaran disamping belajar persekitaran Sekolah khas. Sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu telah dikongsikan oleh guru-guru berkenaan dengan persekitaran pembelajaran di SKPK Sibu.

Perhimpunan Pagi SKPK Sibu

Aktiviti: Perhimpunan Pagi Tarikh : 21 April 2017 Masa : 7.20 - 8.00 pagi Tempat : Dewan Terbuka SKPK Sibu
Pada 18/1/2020 (SABTU) Sekolah Pendidikan Khas telah menganjurkan program Gotong Royong Perdana Bil. 1 bagi peringkat sekolah SKPK Sibu. Program tersebut juga telah disertai oleh para ibu bapa yang sentiasa bekerjasama dalam memastikan keceriaan, kebersihan, keselamatan sekolah tanggungjawab bersama.  Di samping itu terdapat beberapa orang murid telah  menyertai merentas desa peringkat daerah sibu di SK Sibu Jaya. GOTONG ROYONG PERDANA BIL. 1 /2020 Gambar berikut merupakan salah satu kawasan gotong-royong iaitu memindahkan pentas dan membaik pulih pentas.  Berikut merupakan kerja menyusun semula tiang,atap yang dibaiki ke kawasan yang lebih selamat dan menggali tiang bendera Malaysia dan Sarawak.  Berikut merupakan kerja melupuskan fail kewangan dan kerja membaik pulih tong 3R (Reuse, Reduce,Recycle) Berikut merupakan gotong royong fasa kedua iaitu membersihkan, menceriakan bilik darjah  MERENTAS DESA 2