Latihan Dalam Perkhidmatan
Kem Pembinaan Bigbook 2015
Pada 7 Mei 2015, satu Kem Pembinaan Bigbook yang melibatkan semua staff SK Pendidikan Khas Sibu dijalankan dengan jayanya. Kem ini turut melibatkan murid-murid SK Pendidikan Khas Sibu seramai 24 orang murid. Kem anjuran Kurikulum adalah satu usaha untuk meningkatkan profesionalisma guru-guru serta membina bahan bantu mengajar yang lebih berfokus kepada murid berkeperluan khas bermasalah pendengaran. Setiap peserta kem diletakkan dalam kumpulan mengikut Panitia iaitu Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan juga Sains. Tahniah diucapkan kepada kumpulan-kumpulan yang telah berjaya menyiapkan bigbook masing-masing dengan baik dan cantik.
Comments
Post a Comment